Budaya Korporat KKM
NILAI-NILAI TERAS
Penyayang
Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.
Profesionalisme
Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.
Kerja Berpasukan
Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.
JANJI KAMI
Kami Sedia Membantu
Kami Komited terhadap keperluan anda
Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.
Kami melaksanakan apa yang dirancang
Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.
Kami berdedikasi terhadap tugas
Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.
KOMITMEN KAMI
Kami komited
memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.
Kami komited
memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.
Kami komited
bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.
IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM
Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:
• Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;
• Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;
• Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;
• Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta
• Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan